"AKU RINDU
AYAH"
"kasih
yang tak bernoktah"
"rindu yang tak terhenti"
"rindu yang tak terhenti"
Kehidupan tanpa lelaki bergelar seorang ayah amat sukar.. Setelah
kehilangan baru ku rasa bertapa sukarnya hidup ini tanpa "ayah"..
Lagi-lagi aku anak bungsu yang senantiasa mendapat perhatian dari ayah..
Hari-hariku kini berlalu tanpa ayah disisi, aku terasa kosong dan sunyi.. Kalau
dulu, bila berjauhan dari kg, panggilan telpon dari ayah hari-hari akan aku
dengari.. ayahlah satu-satunya lelaki yang sanggup melayani semua karenaku.
Tapi kini semua itu hanya tinggal kenangan.. Kadang-kadang aku jeles tengok
kawan-kawan bercerita pasal ayah masing-masing..
Aku jeles.... tapi hakikat yang sebenar, aku rindu.. aku rindu pada insan itu, insan yang bergelar "ayah"... Kadang- kadang aku
menangis sehingga dalam tidur aku teresak-esak... Berlawan dengan perasaan
sendiri.. Bukan diri tidak menerima takdir, bukan hati tidak redha dengan
kehendak Illahi tapi kerana terlalu rindu padanya... Terlalu rindu pada insan
itu, insan yg bergelar ayah..
aku rindu
ayah..
aku rindu kasih
ayah.. aku rindu pelukan dan ciuman dari ayah..
aku rindu
kemesraan dari ayah.. aku rindu gelak tawa ayah.. aku rindu gurauan ayah.. aku
rindu ayah manjakan aku.. aku rindu belaian dari ayah..
aku rindu
pesanan-pesanan dan nasihat-nasihat dari ayah..
aku rindu ingin
berkongsi cerita dengan ayah..
aku rindu
semuanya tentang ayah....
Tapi aku sedar,
ini semua
kehendak Allah.. Dia lebih menyayangi ayah..
dari Dia kita
datang dan pada Dia juga lah kita akan kembali....
Aku redha...
Ya Allah, Kau
ampunilah dosa-dosa arwah ayahku .. Kau tempatkanlah mereka
digolongan orang-orang yang beriman. tempatkanlah mereka disisi kekasih-Mu Ya
Allah.. tenangkanlah arwah ayah disana.. Jauhkan mereka dai
segala azab kubur mahupun azab api neraka jahanam.. Temui dan satukan kami
sekeluarga di akhirat kelak.. Amin yan rabbal alamin..
Al-Fatihah.....
Kepada semua yang masih ada ayah, hargailah mereka sebelum terlambat.. jangan
biadap, jangan kurang ajar.. Ingatlah, bila insan yg bergelar ayah itu sudah
tiada, kurang akan rasa kehilangan yang sangat besar... kerana kasih mereka tak
mungkin dapat dicari maupun dibeli...kasih mereka tiada gantinya didunia ini...
Kepada yang sudah
tiada ayah seperti saya.. marilah kita sama-sama senantiasa mendoakan mereka
dan selalu sedekah Al-Fatihah kepada mereka.. Sesungguhnya doa dan amalan dari
anak yang soleh menjadi bekalan untuk mereka.. Jaga tingkah laku kita.. Jangan
karena dosa-dosa kita, mereka terseksa dan terheret ke neraka.. Jaga hubungan
kita dengan Maha Pencipta lagi Maha Esa.. kerana itulah jambatan untuk kita
bertemu dan bersatu semula dengan mereka di akhirat nanti... InsyaAllah...
"marilah
kita sama2 mendoakan mereka"
Amin Ya Rabbal
Alami..
#aku sayang
ayah dan rindu ayah#